kelantan-vs-lionsxii-2015

Oleh Muhammad Aiman

Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) ibarat sengaja mencari masalah dan mencabar kredibiliti Persatuan Bolasepak Malaysia apabila tidak mengotakan janji untuk melunaskan pembayaran tunggakan gaji lima bekas pemain mereka.

Walaupun KAFA sebelum ini berkata akan menjelaskan pembayaran berjumlah keseluruhan hampir setengah juta itu secara berjadual setelah diberi amaran oleh Jawatankuasa Status FAM atau berdepan tindakan pada Februari lalu, hakikatnya ia adalah sekadar janji kosong.

Presiden Persatuan Pemain Profesional Malaysia (PFAM), Izham Ismail dalam satu kenyataan berkata lima bekas pemain Kelantan iaitu Fakri Saarani, Amar Rohidan, Fitri Omar, Nazri Ahmad dan Amiridzwan Taj masih belum menerima baki tunggakan gaji mereka yang sepatutnya dibuat pada 15 April lalu, sepertimana telah dipersetujui antara KAFA dan kesemua pemain itu.

ā€œPemain dan PFAM juga berasa amat kecewa kerana tiada langsung usaha dari KAFA untuk memberi makluman awal terhadap kelewatan bayaran ini.

ā€œPenjelasan hanya diberi setelah PFAM dan pemain sendiri berusaha menghubungi pegawai KAFA dan penjelasan yang diberi amatlah mendukacitakan iaitu ā€˜menunggu wang dari penajaā€™ dan ā€˜akan diusahakanā€™,ā€ katanya.

Justeru, Izham berkata PFAM telah menghantar surat aduan berhubung keingkaran berterusan KAFA ini kepada FAM dan berharap badan induk itu memandang serius dengan mengambil tindakan susulan.

ā€œKami masih berpegang kepada janji FMLLP untuk mengambil tindakan terhadap pasukan yang tidak menyelesaikan tunggakan gaji selepas 11 Mei 2016, iaitu setelah tamat tempoh 90 hari yang diberi selepas sidang media PFAM yang telah diadakan pada 9 Februari,ā€ tambahnya. Ā Ā 

Untuk rekod, KAFA sudah sedia dihimpit pelbagai isu sepanjang musim ini dan sisi-sisi negatif mereka lebih banyak menonjol dan menjadi tumpuan berbanding prestasi di atas padang.

Malah mereka juga terus berdiam dan mengambil sikap lepas tangan dalam isu tunggakan gaji bekas pengendali, Azraai Khor Abdullah selain tidak membuat caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja serta Lembaga Hasil Dalam Negeri atas alasan tiada duit.

- Advertisement -