Khairulnizam Mohd Afendy
Khairulnizam Mohd Afendy

Dua lagi atlet negara mengesahkan slot ke sukan Olimpik Rio 2016 menerusi sukan pelayaran.

Khairulnizam Mohd Afendy yang beraksi bagi acara Laser Standard di kejohanan Kapal Layar ASAF di Abu Dhabi menduduki tangga teratas, mengumpul 30 mata selepas tujuh perlumbaan.

Ditempat kedua adalah pelumba Thailand Keerati Bualong yang mengumpul 38 mata manakala seorang lagi pelayar negara, Ahmad Latif Khan Ali Sabri Khan di tangga ketiga dengan 41 mata.

Ini adalah kejayaan kedua Khairulnizam melayakkan diri ke sukan Olimpik.

Sukan pelayaran juga melakar sejarah apabila pelayar wanita turut melayakkan diri ke olimpik Rio menerusi Nurshazrin Mohd Latif (gambar utama) dalam acara Laser Radial.

Shazrin menamatkan saingan dikedudukan kedua dengan 19 mata.

Manakala juara bagi Laser Radial adalah pelayar kelahiran Thailand, Kamolwan Chanyim yang mengumpul 16 mata.

- Advertisement -