mncfOleh Ku Mohd Lufti

Menteri Belia dan Sukan (KBS) Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengarahkan Pesuruhjaya Sukan, Datuk Zaiton Othman menjalankan siasatan ke atas Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) untuk tindakan seterusnya.

Jelas Khairy, PKBM melakukan biadaan untuk menjadi tuan rumah bagi kejohana lumba berbasikal Asia (ACC) bagi tahun 2018 dalam kategori trek tanpa mendapatkan kelulusan atau kebenaran daripada KBS.

“Saya telah mintak Setiausaha Akhbar saya untuk menghubungi Presiden PKBM berkenaan dengan kejohanan tersebut. Beliau telah maklumkan kepada Setiausaha Akhbar saya, bahawa beliau tidak hantar apa apa surat kepada saya atau pejabat KBS atau Pejabat Pesuruhjaya Sukan.

“Setakat ini saya belum memberi apa apa kelulusan dan mereka kalau dah buat tawaran untu menjadi tuan rumah, PKBM telah melanggar akta.”Kata Khairy Jamaluddin.

Garis panduan seperti mana yang termaktub dalam Seksyen 33 Akta Pembangunan Sukan 1997 yang memerlukan kelulusan menteri bagi penganjuran sukan bertaraf antarabangsa telah pun dikeluarkan sejak 2001.

Namun Presiden PKBM Datuk Abu Samah sebelum ini menyatakan tidak mengetahui tentang kewujudan akta tersebut.

“Saya telah minta Datuk Zaiton berhubung dengan Presiden PKBM untuk mendapatkan maklumat lanjut dan dihantar kepada saya untuk diambil tindakan selanjutnya.

“Saya rasa dah 26 tahun sudah jadi presiden tak mungkin dia tak tahu berkenaan akta ini. Sebab ini Akta Pembangunan Sukan, dia presiden persatuan sukan kebangsaan.

“Saya tidak ada masalah dengan Datuk Abu Samah atau PKBM tetapi akta itu digubal supaya dipatuhi semua pihak,” katanya lagi.

Khairy juga mengingatkan kepada mana mana individu atau persatuan sukan khususnya yang ingin membida Malaysia sebagai tuan rumah bagi acara atau kejohanan antarabangsa agar mengikuti syarat syarat yang ditetapkan.

- Advertisement -