Darren Rahul Pragasam

Oleh Ku Mohd Lufti

Pasukan skuasy remaja lelaki negara mengikuti jejak pasukan wanita apabila mengesahkan slot ke peringkat  separuh akhir Kejohanan Skuasy Remaja Berpasukan Asia kali ke-18.

Aksi terakhir peringkat  kumpulan B, Malaysia melakar kemenangan selesa 3-0 ke atas tuan rumah Hong Kong.

Kemenangan ketiga itu sekaligus meletakkan Malaysia di tangga teratas selepas menang 3-0 ke atas Singapura disusuli kemenangan ke atas Taiwan juga dengan keputusan yang sama, namun tewas ditangan Jordan 1-2.

Ong Sai Hung (gambar utama) mengalahkan Matthew Nam Lai Cheuk straight set 11-7, 12-10 dan 11-8 sebelum giliran  Darren Rahul Pragasam mengatasi Lincoln Ki Chan Wui 11-6, 11-7, 8-11 dan 13-11.

Mohd Farez Izwan Mohd Mukhtar melengkapkan kemenangan mutlak Malaysia selepas mengalahkan Ho Chan Chi 8-11, 6-11, 11-4, 11-4 dan 13-11.

Malaysia yang diletak selaku pilihan kedua kejohanan bakal bertemu naib juara Kumpulan A Pakistan dalam separuh akhir.

Dua pasukan teratas dari setiap Kumpulan A dan Kumpulan B layak ke separuh akhir.

- Advertisement -