Mesyuarat Pengelolaan Liga Malaysia & Taklimat Pengurusan Stadium dan Venue Liga Malaysia Musim 2024-2025 yang berlangsung selama dua hari bermula semalam.

Mesyuarat itu dihadiri Tunku Mahkota Johor, Duli Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Hannah Yeoh Tseow Suan, Presiden MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan, Exco-Exco Sukan Negeri, Ahli Lembaga Pengarah MFL, Senator Datuk Hisamudin Yahaya, Datuk Mohamad Jaifuddin Bujang Mohidin, Dato’ Mohamed Suffian Awang, En. Jeffrey Chew Gim Eam, Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Stuart Ramalingam dan Ketua Pegawai Eksekutif Kelab-Kelab Liga Malaysia serta wakil pengurusan stadium setiap negeri.

Mesyuarat dan taklimat ini diadakan bertujuan untuk membincangkan mengenai isu-isu melibatkan penggunaan stadium bagi saingan Liga Malaysia serta berkongsi pandangan dan mencari kesepakatan bersama pemegang taruh dalam usaha meningkatkan kualiti padang dan fasiliti di venue kelab-kelab Liga Malaysia.

Dalam mesyuarat itu, DYAM Tunku Mahkota Johor telah berkenan menyumbang RM300,000 untuk penyelenggaraan padang bagi tahun pertama kepada setiap kelab Liga Malaysia yang melakukan naik taraf padang venue Liga Malaysia.

Pada majlis yang sama, YB Hannah Yeoh turut mengumumkan pemberian geran sejumlah RM500,000 daripada KBS kepada semua negeri bagi menaiktaraf sistem saliran dan penukaran rumput padang.

Bagi program taklimat, semua peserta yang hadir dibawa melawat Stadium Sultan Ibrahim dan Pusat Latihan Johor Darul Ta’zim (JDT), Padang Seri Gelam serta diberikan maklumat berkenaan perancangan dan pengurusan stadium, kawalan kemasukan penyokong dan keselamatan, penyelenggaraan padang dan lampu limpah. 

- Advertisement -