Nour-el-Sherbini
Nour EL Sherbini

Oleh Ku Mohd Lufti

Ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David melakar sejarah apabila muncul pemain paling lama berada di kedudukan 10 terbaik dunia, 151 bulan.

Pemain berusia 32 tahun itu memecahkan rekod yang dipegang pemain kelahiran Britain, Peter Nicol yang memegang kedudukan 10 terbaik dunia selama 150 bulan.

Malah, beliau turut mengatasi rekod yang dipegang pemain Australia, Michelle Martin dan Liz Irving yang juga jurulatih pemain kelahiran Pulau Pinang itu selama 142 bulan.

Bagi Nicol, pencapaian yang dilakar sehingga kini merupakan inspirasi daripada bekas pemain pemain yang pernah berada di kedudukan itu dan beliau cukup bertuah kerana mempunyai Liz Irving sebagai jurulatihnya.

Kariernya sebagai pemain terbaik dalam 10 teratas dunia bermula pada Januari 2004 susulan kejayaan mara ke separuh akhir Kejohanan Dunia.

Kejayaan paling manis diukir dua tahun kemudian apabila meraih gelaran pemain nombor satu dunia namun berjaya dirampas pemain Belanda Vanessa Atkinson pada bulan April 2006.

Nico bagaimanapun hanya memberi Vanessa seketika sahaja sebelum kembali memegang gelaran pemain nombor satu dunia pada Ogos 2006.

Malah, kedudukan itu langsung gagal dicabar mana mana pemain selama Sembilan tahun atau 109 bulan sehingga September 2015.

Dalam senarai ranking terkini, Nicol menghuni tangga keempat dunia dengan 16 170 mata dibelakang pemain kelahiran Mesir, Raneem El Welily.

Pemain England, Laura Massaro menghuni tangga kedua dunia dengan kutipan 25 055 mata manakala rakan senegara Raneem, Nour EL Sherbini menghuni tangga teratas selaku pemain nombor satu dunia.

- Advertisement -