Kejohanan Hoki Dalam Dewan Antarabangsa Piala Sultan Nazrin Shah (Lelaki) dan Piala Tuanku Zara (Wanita) 2023 bakal membuka tirai secara rasmi hari ini, 6 hingga 11 November 2023 di Stadium Indera Mulia, Ipoh Perak.

Perlawanan yang akan menggunakan format liga satu pusingan (round robin) itu akan menampilkan enam pasukan lelaki dan enam pasukan wanita dengan Malaysia selaku tuan rumah akan berentap bersama Australia, New Zealand, Namibia, Afrika Selatan dan Hong Kong China bagi kategori lelaki sementara bagi kategori Wanita, Malaysia akan berentap dengan Australia, Switzerland, New Zealand, Namibia dan Afrika Selatan.

Pengerusi Jawatankuasa Hoki Dalam Dewan KHM, En. Shurizan Mansor, hari ini secara rasmi mengumumkan senarai 12 pemain lelaki dan pemain wanita negara yang akan menggalas tugas membawa cabaran Malaysia bagi merebut kejuaraan dengan pasukan lelaki dan wanita negara akan mempetaruhkan dua penjaga gol, empat pertahanan, dua pemain tengah dan empat penyerang.

“Selaku Pengerusi Jawatankuasa Hoki Dalam Dewan KHM, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) dan Persatuan Hoki Negeri Perak yang telah menganjurkan kejohanan yang menghimpunkan pasukan yang berada di ranking terbaik dunia dan ini akan memberikan peluang serta pendedahan terbaik buat pasukan negara yang dalam rangka persiapan bagi Kejohanan Hoki Dalam Dewan, Piala Asia 2024.

‚ÄúWalaupun melihat kepada ranking pasukan yang hadir merupakan pasukan yang lebih baik daripada Malaysia, namun kami secara peribadi meletakkan sasaran untuk berada di pentas final,‚ÄĚ jelas En. Shurizan Mansor.

Sementara itu bagi Pengendali Skuad Hoki Dalam Dewan Lelaki Kebangsaan, Mohd Hanip Che Halim, berharap setiap pemain yang telah diberikan tanggungjawab untuk membawa cabaran Malaysia pada kejohanan ini akan mengikut setiap konsep dan stategi yang telah dirancang oleh pasukan dengan baik.

“Saya melihat pasukan yang hadir pada kejohanan ini merupakan pasukan handalan yang kerap beraksi di Piala Dunia Hoki Dalam Dewan dan ini memberikan satu impak yang cukup besar buat pasukan Malaysia terutamanya.

 

 

“Setiap pemain yang telah dipilih merupakan mereka yang memahami konsep untuk bermain hoki dalam dewan di samping memiliki tahap kecergasan fizikal yang baik serta mempunyai asas-asas permainan hoki dalam dewan yang umum mengetahui permainan ini memerlukan ketangkasan yang tinggi.

‚ÄúSaya amat berharap pemain yang dipilih akan melakukan tugas mereka dengan sebaik mungkin dan menterjemahkan setiap apa yang telah dipelajari termasuk konsep serta strategi pasukan di dalam perlawanan. Saya turut berharap pasukan mampu mencapai satu keputusan yang terbaik pada kejohanan ini,‚ÄĚ jelas beliau.

Dalam pada itu, Ketua Jurulatih Skuad Hoki Dalam Dewan Wanita Kebangsaan, Mohd Badrul Hisham Osman, menyifatkan satu persaingan hebat akan diterima oleh pasukan bimbingannya pada kejohanan ini kerana pasukan yang mengambil bahagian rata-rata merupakan pasukan yang berada di dalam ranking terbaik bagi hoki dalam dewan.

“Sebelum ini kami hanya bersaing dengan pasukan-pasukan di rantau Asia dan kali ini kami akan bertemu dengan pasukan bertaraf dunia yang pastinya akan memberikan impak kepada pasukan negara.

“Setiap pemain perlu menggunakan peluang ini dengan sebaik mungkin bagi meraih seberapa banyak pengalaman yang boleh serta mempelajari corak permainan yang berbeza yang akan ditampilkan oleh pasukan setiap pasukan yang mengambil bahagia.

“Pemain yang telah saya pilih merupakan mereka yang mempunyai semangat juang yang tinggi serta memahami konsep yang diterapkan oleh pasukan dengan baik dan boleh bermain secara satu pasukan bukannya secara individu.

‚ÄúSaya berharap semua pemain akan menunjukkan satu semangat juang yang tinggi dan bermain mengikut setiap perancangan yang diatur pasukan dan kami akan mengambil satu perlawanan demi satu perlawanan,‚ÄĚ ujar beliau.

Berikut merupakan barisan pengurusan dan kejurulatihan Pasukan Lelaki dan Wanita Negara di Kejohanan Hoki Dalam Dewan Antarabangsa Piala Sultan Nazrin Shah dan Piala Tuanku Zara2023.

NO NAMA POSISI
1. Shurizan Mansor Pengurus Pasukan Lelaki
2. Abdul Razak @ Rahman Bin Pendek Pengurus Pasukan Wanita
3. Mohd Hanip  Che Halim Ketua Jurulatih Lelaki
4. Mohd Badrul Hisham Osman Ketua Jurulatih Wanita
5. Mohd Rodzhanizam Mat Radzi Ketua Deligasi Pasukan Lelaki dan Wanita
6. Saiful Azhar Mohd Afendi Jurulatih Penjaga Gol Lelaki dan Wanita

 

 

Berikut merupakan senarai 12 pemain lelaki yang akan beraksi di Kejohanan Hoki Dalam Dewan Antarabangsa Piala Sultan Nazrin Shah 2023.

NO NAMA POSISI
1. Mohd Khairul Afendy Kamaruzaman Penjaga Gol
2. Mohamad Hazrul Faiz Ahmad Sobri Penjaga Gol
3. Muhammad Aslam Mohamed Hanafiah Pertahanan
4. Muhammad Firdaus Omar Pertahanan
5. Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan Pertahanan
6 Shazril Irwan Nazli Pertahanan
7. Muhamad Izham  Azhar Tengah
8. Muhammad Nursyahmi Zulkifli Tengah
9. Faridzul Afiq Mohd Penyerang
10. Danial Asyraf  Abdul Ghani Penyerang
11. Wan Haziq Hisyamuddin Wan Ameer Ruzman Penyerang
12. Mohd Shafiq Yaacob Penyerang

 

Berikut merupakan senarai 12 pemain wanita yang akan beraksi di Kejohanan Hoki Dalam Dewan Antarabangsa Piala Tuanku Zara 2023.

NO NAMA POSISI
1. Farah Ayuni Yahya Penjaga Gol
2. Azween Zureen Zahari Penjaga Gol
3. Nor Asfarina Isahyifiqa Isahhidun Pertahanan
4. Putri Nur Batrisyia Nor Nawawi Pertahanan
5. Norhasikin Halim Pertahanan
6. Nurul Faezah Shafiqah Khalim Pertahanan
7. Nuraslinda Said Tengah
8. Liyana Aqilah Mohd Sepawi Tengah
9. Fazilla Sylvester Silin Penyerang
10. Iren Hussin Penyerang
11. Nur Atira Mohamad Ismail Penyerang
12. Nur Hafizah Maznan Penyerang

 

- Advertisement -