Qhuwarismi 12 during the Muar Cub Prix

Pengurus Weststar Motorsport, Razali Ahmad akui terkejut dengan prestasi cemerlang Qhuwarismi Mohd Nasir dalam kategori Wira Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS musim ini dan berharap pelumba itu dapat meneruskan momentum tersebut pada pusingan keempat di Terengganu, minggu ini.

Meskipun kecewa setelah gagal menamatkan perlumbaan pusingan pembukaan di Temerloh, Pahang ketika sedang bersaing di kelompok hadapan, pelumba itu bangkit menebus kehampaan dengan menamatkan saingan pusingan berikutnya di Batu Kawan, Pulau Pinang di kedudukan keempat.

Prestasi pelumba itu bertambah baik apabila berjaya meraih gelaran naib juara serta bermula dari barisan hadapan pada pusingan ketiga di Muar, Johor yang merupakan podium pertamanya sejak beraksi dalam kategori ini pada tahun 2013.

Mengumpul 33 mata selepas tiga perlumbaan, Qhuwarismi kini menghuni tangga keempat keseluruhan, 37 mata di belakang pendahulu, Harith Farhan Baharin (Kozi Yam Honda Racing).

Malah Razali turut yakin jika prestasi serupa dikekalkan, pelumbanya itu berpeluang untuk mengejar gelaran Wira pada musim ini.

“Memang saya agak terkejut dengan prestasi dan pencapaian Qhuwarismi setakat ini. Kami merupakan pasukan baharu pada musim ini, masih mencari keserasian mekanik dan juga persiapan jentera namun dia berjaya menunjukkan keputusan yang positif.

“Selalunya pasukan baharu memerlukan sedikit masa untuk nendapatkan keserasian dan aksi yang kompetitif namun dengan prestasi ketika ini, kami percaya dia mampu untuk merapatkan jurang dengan pendahulu selain dapat bersaing mengejar gelaran keseluruhan pada saingan separuh musim kedua nanti,” jelas Razali.

Tambahnya,”Kami mempunyai keyakinan tinggi terhadap Qhuwarismi dan jangkakan dia mampu meneruskan aksi kompetitif seperti sebelum ini di Terengganu. Dia juga cukup bersemangat untuk merebut kemenangan. Mudah-mudahan dia sekali lagi dapat melakukannya dan pada masa sama dapat meningkatkan moral dan semangat seluruh pasukan.”

 

RAZALI IMPRESSED WITH QHUWARISMI’S PACE

Weststar team manager, Razali Ahmad admitted to being taken aback by Qhuwarismi Mohd Nasir’s strong pace in the PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship and hopes the youngster can show further progress at Terengganu this weekend.

Despite a troubling start to the season that saw him retire from the opening WIRA leg in Temerloh, Qhuwarismi quickly regained form to muscle his from the back of the grid to finish fourth in Batu Kawan.

He then upped the ante to finish second in Muar having qualified for a front row start, claiming his first podium since stepping up the age-capped class in 2013.

Hauling 33 points from the first three rounds, Qhuwarismi now sits in fourth in the standings, 37 points adrift Harith Farhan Baharin (Kozi Yam Honda Racing).

Razali pointed out he was very impressed with his rider’s performance and went on to say Qhuwarismi’s fine run as an indicator of his capabilities to fight for the WIRA title.

“Frankly speaking, I’m quite surprised with Qhuwarismi’s achievements. We are a relatively new team, still figuring out the mechanics and engine setup but somehow he delivered positive results. Normally a longer time frame is needed before a new team can find a competitive rhythm. At this rate, we believe he can close the gap on the leader and slipstream his way to fight for the championship in the second half of the season,” said Razali.

“We have a lot of confidence in Qhuwarismi and we expect him to continue riding competitively in Terengganu. He is in good shape and has a burning desire to win races and the championship and his current results reflect that. I hope he keeps this up as it will also boost the team’s morale and fighting spirit,” he added.

- Advertisement -