misc sabahOleh Ku Mohd Lufti 

Juara 11 kali kejohanan bolasepak wanita Piala Tun Sharifah Rodziah, Sabah bakal berentap dengan juara bertahan, MISC pada aksi final, Sabtu (16 April) ini selepas menewaskan lawan masing-masing pada perlawanan separuh akhir.

Sabah yang memburu gelaran ke-12, berjaya menundukkan pasukan baharu, Kedah 5-0 pada aksi separuh akhir petang semalam.

Penyerang, Nurul Azurin Mazlan memecah kebuntuan seawal minit ke-11 untuk Sabah mendahului 1-0.

Skuad kendalian Smith M Ampuling itu terus menambah empat lagi gol dalam tempoh 8 minit.

Gol gol Sabah masing masing disumbang Yasrika Laura Tumas minit 44, Shereilynn Elly Pius minit 45, Nurul Azurin Mazlan minit 48,  dan Usliza Usman minit 52.

Sementara itu, di Padang 3, UUM, skuad MISC bimbingan Ananthan M Raman pula mencatat kemenangan selesa ke atas Sarawak 3-0. Pemain sayap, Nurul Hamira Yusma Mohd Yusri membuka tirai jaringan pada minit ke-7 sebelum penyerang, Haindee Mosroh menjaringkan dua gol pada minit ke-27 dan 34.

 

KEPUTUSAN PERLAWANAN SEPARUH AKHIR 

SABAH 5

Nurul Azurin Mazlan 11’ 48’

Yasrika Laura Tumas 44’

Shereilynn Elly Pius 45’

Usliza Usman 52’

KEDAH 0

 

MISC 3

Nurul Hamira Yusma Mohd Yusri 7′

Haindee Mosroh 27′ 34′

SARAWAK 0

 

JADUAL SABTU (16 APRIL 2016)

PENENTUAN TEMPAT KETIGA & KEEMPAT

8.00 pagi: Kedah lwn Sarawak (Padang 1, UUM)

 

FINAL

4.45 petang: Sabah lwn MISC (Padang 1, UUM)

- Advertisement -