sandakan.eagles

Oleh Ku Mohd Lufti

Selepas dikecewakan pada 2013, Sandakan Eagles merampas kejuaraan Piala Super KRM 2016 selepas menewaskan SSTMI  25-15.

Sandakan Eagles yang juara 2013 turun dengan semangat membara untuk  membalas dendam ke atas SSTMI yang juga juara 2014 di final CUP.

Ternyata skuad kendalian Bradley Moni Mika ini mendominasi babak pertama apabila mendahului 15-3.

William Douglas Jordan Junior memberikan 10 mata untuk Sandakan Eagles hasil penalti kick dan satu try serta conversion dalam tempoh 9 minit.

Pemain yang beraksi di posisi flanker, Jonathan V Tan menambah 5 lagi mata untuk Sandakan Eagles dim init ke sebelum tamat babak pertama perlawanan sebelum SSTMI merapat jurang mata menerusi penalti yang disempurnakan Raz Ubaidah Razbi dim init ke 39.

SSTMI mula mendominasi saingan dipenghujung perlawanan selepas Sandakan Eagles menambah 10 lagi mata menerusi 2 try yang disempurnakan Jona Vugona Tuitonga dan Oddry Mining.

Empat minit sebelum tamat masa sebenar, pemain gantian, Mohd Saizul Hafiz Md Noor dan Mohd Nurazman Ramli masing masing melakukan 1 try untuk menjadikan kedudukan 13-25.

Saizul turut mencatat nama selaku penjaring SSTMI menerusi conversion diminit akhir perlawanan, namun ia sudah terlambat untuk menafikan piala CUP milik Sandakan Eagales.

Kapten pasukan Sandakan Eagles, Badrul Musa dipilih sebagai pemain terbaik kejohanan.

“Ini adalah kejayaan yang manis untuk kami. Selepas gagal muncu juara pada 2014, dan hanya menduduki tangga ketiga, kami berjaya merampas semula kejuaraan daripada SSTMI. Rahsia kami dalah bermain sebagai satu pasukan sehingga ke perlawanan akhir,” kata Badrul Musa.

Hadiah disampaikan Timbalan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, MSN Datuk Abdul Jalil Abdullah dan Presiden KRM, Datuk Wira Amiruddin Embi.

Manakala dalam aksi Plate, Keris Conlay muncul juara selepas membelasah NS Wanderers  43-12.  

- Advertisement -