Atlet basikal Pekak negara Ramly Ismail menduduki tempat ke 15 dari 33 pelumba dalam acara Cycling Road-Time Trial 30km dalam 24th Deaflympic Games di Farroupilha, Rio Grade do Sul.

Ramly mencatat masa 52 minit 35 saat dan catatan tersebut adalah catatan peribadi terbaik pernah dibuat oleh Ramly setakat ini.

Pingat emas dimenangi oleh pelumba Perancis, Theo Moreau 47 minit 01 saat, Pawel Arciszewski dari Poland 47 minit 57 saat dan Andre Soares dari Portugal 48 minit 0.3 saat.

Ramly Ismail kelahiran Johor yang pertama kali menyertai Deaflympic Games juga mengambil bahagian dalam acara Road Race pada 6 Mei 2022 ini.

- Advertisement -