tganu.perak

Oleh Ku Mohd Lufti

Exco Belia, Sukan dan Sumber Manusia Datuk Rozi Mamat mahukan laporan daripada Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu, PBSNT selewat lewatnya esok.

Kerajaan Negeri tampak semakin hilang sabar susulan kekalahan 2-3 Terengganu ke atas Perak dilaman sendiri malam tadi.

Ia merupakan kekalahan kelima skuad Peteh selepas mengharungi lapan perlawanan Liga Super setakat ini. Laporan itu akan dibentangkan ke mesyuarat Exco minggu hadapan.

Malah, kerajaan negeri juga bercadang mengkaji semula tajaan kewangan pasukan Terengganu pada musim hadapan jika masalah berkenaan terus berlarutan.

Bagaimanapun pihaknya tetap mengharapkan PBSNT terus mencari formula dan jalan terbaik bagi menyelesaikan masalah prestasi yang membelenggu pasukan Terengganu ketika ini.

“Untuk ketika ini kita tidak boleh buat ap apa perubahan sebab dia (Mike Mulvey) masih ada kontrak dengan kita. Persatuan tidak boleh sesuka hati membuang mana mana pihak.

“Kita cuba buat mana yang boleh ketika ini demi bolasepak Negeri Terengganu. Tidak kira siapa yang salah, samada pemain atau pengurusan ataupun jurulatih, mereka tetap bertanggung jawab ke atas pembangunan bolasepak negeri,” kata Rozi.

Malah pihaknya juga tidak sekali-kali bercadang untuk mencampuri urusan PBSNT dalam mengendalikan pasukan Terengganu, kerana memahami peraturan yang telahpun ditetapkan badan induk bola sepak dunia, FiFA sebelum ini.

Andai berterusan, beliau membri bayangan kerajaan Negeri Terengganu tidak menolak untuk menaja hanya sebuah pasukan sahaja mewakili Terengganu, bagi membentuk sebuah pasukan yang benar-benar mantap pada musim hadapan.

Untuk rekod, kira-kira 20 juta ringgit dibelanjakan kerajaan negeri untuk pasukan Terengganu bagi setiap musim, dan saluran kewangan itu diagihkan mengikut progresif.

Manakala pasukan adiknya, T-Team atau Terengganu FC DUA pula hanya menerima tajaan kewangan dari kerajaan negeri kira-kira 10-juta ringgit.

- Advertisement -