tmp.tmj

Oleh Ku Mohd Lufti

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bersedia untuk menjadi orang tengah bagi menyelesaian isu yang dibangkitkan oleh pemilik kelab Johor Darul Takzim, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Khairy telahpun menghubungi Tunku Ismail untuk mendapatkan penjelasan lanjut tentang beberapa isu yang dibangkitkan.

ā€œSekiranya isu yang dibangkitkan oleh Tunku Ismail tidak ditangani, ia boleh menghakis keyakinan pemain pemain lain terhadap pasukan kebangsaan.

ā€œKalau TMJ bangkitkan isu kurangnya latihan High Intensif sewaktu melaporkan diri bersama skuad kebangsaan, ini akan menyebabkan kecederaan kepada pemain pemain, maka ini adalah satu perkara yang serius,.ā€ kata Khairy.

Tambahnya, soal persaraan beberapa pemain JDT daripada arena antarabangsa tidak harus timbul kerana Tunku Ismail mengesahkan niat mereka bukan atas arahan daripada pengurusan pasukan Harimau Selatan itu.

Khairy juga merasakan masih ada ramai pemain pemain muda yang bersedia untuk menggalas tugas selaku pemain kebangsaan dan JDT juga bersedia untuk memberi peluang kepada pemain pemain muda andai dipanggil Datuk Ong Kim Swee.

Safiq Rahim, Aidil Zafuan Abd Razak, S Kunalan dan Mohd Amirulhadi Zainal mengumumkan persaraan selaku pemain kebangsaan baru baru ini dengan alasan mahu memberi peluang kepada pemain pemain baru.

Dalam perkembangan berasingan Kahiry juga akan mengadakan pertemuan dengan presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bagi membincangkan perkara ini.

Malah, Khairy juga mahu mendapatkan penjelasan daripada FAM berkenaan pengagihan wang tajaan.

Ia turut disuarakan Tunku Ismail yang melihat, wang tajaan lebih banyak disalurkan kepada FAM berbanding kepada pasukan pasukan dalam Liga Malaysia.

ā€Duit tajaan banyak bagi kepada FAM, saya akan bangkitkan perkara ini dan hanya menunggu tarikh untuk mengadakan pertemuan dengan Presiden FAM. Saya akan cuba menjadi orang tengah agar kemelut ini diselesaikan dengan cepat,ā€ tambahnya lagi.

- Advertisement -