mannheim

Oleh Ku Mohd Lufti

Selepas gagal meraih kemenangan dalam dua perlawanan, skuad bawah 16 tahun negara menamatkan kempen Kejohanan Antarabangsa Whitsun di Mannheim, Jerman dengan 1 mata.

Anak didik kendalian Nor Saiful Zaini bangkit daripada ketinggan 1-4 untuk mengikat skuad bawah 17 tahun Jerman 5 sama.

Dua gol Malaysia disumbang Muhd Akhimullah menerusi jaringan padang dan ia pastinya menggembirakan Nor Saiful Zaini.

“Saya gembira melihat kebangkitan pemain pemain walaupun ketinggalan 1-4. Kami tajam dibahagian serangan tetapi barisan pertahanan masih rapuh. Matlamat kami adalah memanfaatjan peluang yang ada. Saya juga memuji penjaga gol yang banyak menyelamatkan gawang negara.”Kata Saiful.

Malaysia tewas kepada Jerman Bawah 16 tahun, 1-6, diikuti pasukan Belanda, 1-3.

Masih banyak lagi tugas yang perlu dilakukan selepas tamat kejohanan ini, dan Saiful juga berpendapat, pemain pemainnya mula memahami tentang taraf perlawanan diperingkat antarabangsa.

“Mereka memahami kehendak dan taraf dalam perlawanan hoki remaja peringkat antarabangsa. Mereka memberi respon yang baik terhadap idea idea yang baru. Secara keseluruhan, kejohanan ini mengajar barisan kejurulatihan untuk memahami pemain pemain dengan lebih mendalam dan aspek aspek yang perlu kami tekankan,” tambah Saiful lagi.

- Advertisement -