ragbi3

ragbi

Oleh Ku Mohd Lufti

Hasrat Malaysia untuk meraih kemenangan sulung di kejohanan Ragbi Asia 2016 tidak kesampaian apabila tewas 10-15 kepada Filipina.

Malaysia ketinggalan 3-5 pada 40 minit pertama perlawanan, mata skuad kendalian Lee Nyu Fah diperolehi menerusi penalti Mohamad Syarif Saiful Aazwan di minti kelima.

Namun pasukan pelawat bangkit dengan permainan yang lebih kemas dan berjaya memperolehi try menerusi Christopher  Bird di minit ke 36.

Aksi lebih kemas dipamer pemain negara dibabak kedua perlawanan dan sekali lagi mendahului Filipina 10-5 hasil try pemain import dari Fiji, Jone Mawara Nasalo dan conversion oleh Syarif diminit ke 43.

Kedudukan itu bagaimana pun bertahan 4 minit, Filipina kembali bangkit untuk mengikat kedudukan 10 sama menerusi try Matthew Saunders.

Kali giliran Filipina menguasai perlawanan dan berjaya memperoleh 1 lagi try menerusi Terrence Carroll untuk skuad kendalian Stu Woodhouse mendahului 15-10.

Malaysia cuba untuk mengikat kedudukan namun gagal menembusi kubu Filipina sekaligus kedudukan 15-10 memihak Filipina kekal hingga tamat perlawanan.

Terdahulu, aksi pembukaan antara Sri Lanka dan Singapura berakhir dengan kemenangan memihak Sri Lanka 33-17.

Singapura kendalian Inoke Unaanga Afeaki mengejutkan Sri Lanka dilabel selaku pasukan pilihan di babak pertama perlawanan dengan keputusan 17-15.

Namun Sri Lanka tidak merasakan sebarang tekanan, sebaliknya mempamer aksi lebih bertenaga untuk menguasai babak kedua sekaligus meraih kemenangan.

Sri Lanka akan berdepan tuan rumah Malaysia pada Rabu, manakala Filipina akan menentang Singapura.

- Advertisement -