Selepas berehat seketika daripada gelanggang tinju, Manny Pacquiaosedia untuk kembali semula dan memilih juara Welterweight Persatuan Tinju Dunia (WBA), Lucas Matthysse dari Argentina sebagai lawannya.

Petinju dari Filipina ini sudah menjangkakan saingan sengit daripada Matthhysse yang meraih gelaran Welterweight pada Januari lalu.

“Sudah tentu saya teruja untuk muncul juara sekali lagi dan ianya menjadi motivasi untuk bertarung sehabis baik untuk mendapatkan gelaran itu,”kata Pacquiao.

Petinju berusia 39 tahun yang turut dikenali dengan Pacman tidak akan mensia siakan tiga bulan yang ada sebelum pertarungan bermula pada 15 Julai depan di Arena Axiata, Bukit Jalil.

Kali terakhir Malaysia menjadi venue bagi pertarungan bertaraf antarabangsa pada 1975 diantara Oscar Bonavena dan Muhammad Ali.

“Saya suka cara bertarung Matthysse yang agresif. Itu yang saya mahukan dan saya pasti peminat tinju akan terhibur dengan pertarungan tersebut,” katanya lagi.

Namun Pacquiao yang juga senator di Filipina memberi bayangan pertarungan pada Julai nanti bukanlah yang terakhir dalam kariernya.

Beliau telah merancang beberapa lagi pertarungan sebelum memutuskan untuk menggantung sarung tangan buat selama lamanya.

Dalam pada itu, Lucas Matthysse tidak akan memberi laluan mudah kepada Manny ‘Pacman’ untuk merampas gelaran yang dimenanginya awal tahun ini.

Berdepan lagenda yang berjaya memenangi gelaran juara dunia bagi kesemua lapan divisyen adalah satu penghormatan, namun tidak akan menyerahkan tali pinggang Welteweight begitu sahaja.

“Untuk mendapatkan kejuaraan ini (Welterwight) bukan mudah, dan perlu berusaha keras serta banyak pengorbanan diperlukan. Kini gelaran tersebut dalam genggaman saya, dan bukan mudah untuk mempertahankannya.

“Namun, saya akan terus berusaha keras bagi memastikan saya bersedia 100 peratus dan tidak semudah itu bagi beliau (Pacquiao) untuk merampas gelaran ini daripada saya,” kata Matthysse.

- Advertisement -