Kelab Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menjuarai Kejohanan Ragbi Antarabangsa Power Royal Sevens 2015 setelah menewaskan SSTMI Tsunami di perlawanan akhir yang telah diadakan di padang Majlis Perbandaran Seremban, Seremban. Foto – Sukandaily
Kelab Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menjuarai Kejohanan Ragbi Antarabangsa Power Royal Sevens 2015 setelah menewaskan SSTMI Tsunami di perlawanan akhir yang telah diadakan di padang Majlis Perbandaran Seremban, Seremban. Foto – Sukandaily

Siri kejohanan ragbi 7 sepasukan kini kembali mewarnai kalendar tahunan perkembangan ragbi di Malaysia ini. Penganjuran kali ke-18 bagi Kejohanan Ragbi Antarabangsa Royal Sevens 2016 ini ternyata makin mampan dengan penyertaan beberapa pasukan di dalam negara mahupun di luar negara saban tahun. Bagi kejohanan kali ini, Singapura turut menghantar 3 pasukan untuk berentap di kategori Kelab Liga Super bersama pasukan kelab ragbi tempatan lain. Sebanyak 16 pasukan bakal berentap dalam kategori Kelab Liga Super dan 16 pasukan dari peringkat sekolah mengambil bahagian.

Kelab ragbi KS DBKL selaku penyandang juara edisi lalu optimis walaupun dijangka menerima tentangan sengit untuk terus mempertahankan kejuaraan Kejohanan Ragbi Antarabangsa Royal Sevens 2016 Ke-18 yang akan berlansung selama 2 hari di padang Majlis Perbandaran Seremban bermula 8 Okt ini. KS DBKL berhadapan cabaran besar setelah beberapa pemain utama mereka berkemungkinan tidak dapat beraksi kerana mengalami kecederaan. Namun situasi ini dijangka dapat di atasi dengan beberapa pemain gantian dan pemain import yang telah dikenal pasti untuk mengalas cabaran. Nik Safuan Ismade Nik Man berusia 36 tahun ini yang berpengalaman besar sekali lagi telah diberi kepercayaan selaku jurulatih untuk membawa pasukan KS DBKL ini selama 3 tahun berturut-turut dalam kejohanan ini.

kejohanan-ragbi-antarabangsa-royal-sevens-2016

“Bagi kejohanan kali ini, kami mempertaruhkan beberapa pemain import kami untuk mengantikan beberapa pemain utama kami yang tidak dapat beraksi. Selain itu ini juga merupakan platform terbaik kami untuk persedian ke Kejohanan COBRA 10’s nanti. Sudah tentu kami selaku penyandang juara pada edisi lalu perlu bermati-matian mempertahankan kejuaraan. Saingan makin sengit sudah pasti di mana banyak prestasi pasukan lawan kian bagus sejajar dengan perkembangan ragbi semasa kini.” ujar Nik Safuan Ismade Nik Man.

Pasukan NS Wanderers yang telah dikecewakan beberapa kali akan kembali untuk merampas kembali tahta kejohanan. Foto – Sukandaily
Pasukan NS Wanderers yang telah dikecewakan beberapa kali akan kembali untuk merampas kembali tahta kejohanan. Foto – Sukandaily

Manakala bagi pasukan tuan rumah; NS Wanderers turut memperkasakan pasukan bagi menghadapi saingan kejohanan ini. Pada edisi terdahulu, tuan rumah berjaya mara ke pusingan akhir Plate setelah menewaskan pasukan Panters Blowpipes berkesudahan 19 berbalas 7. Mohd Fahmy Bin Abd Jalil selaku pengurus pasukan NS Wanderers turut mengulas tentang kejohanan tahun ini kian sengit di mana kebanyakkan pasukan lawan mempunyai pemain import yang bagus untuk bersaing dengan pemain tempatan. Tiada had penyertaan pemain import bagi setiap pasukan di dalam Kejohanan Ragbi Antarabangsa Royal Sevens 2016 ini.

- Advertisement -