mncfOleh Ku Mohd Lufti

Pelumba Terengganu Cycling (TSG) Mohd Zambri Salleh digantung lesennya berkuat kuasa semalam 24 Oktober sehingga 23 Januari 2017 oleh Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).

Menerusi surat kepada Ketua Pegawai Eksekutif TSG, Ahmad Farhan Abdul Wahab semalam, hukuman diputuskan selepas Jwatankuasa Displin PKBM telahpun mengadakan sesi pendengaran ke atas Zambri diadakan pada 11 Oktober lalu di Wisma Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Pelumba berusia 31 tahun itu di dapati bersalah kerana mengeluarkan kenyataan media susulan kelewatan pembayaran wang kemenangan yang telah pun diberikan oleh Kementerian Belia dan Sukan kepada PKBM.

Zambri juga tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam mana mana perlumbaan di dalam atau di luar negara, malah namanya juga tidak boleh dimasukkan di dalam senarai pelumba bagi pendaftaran pasukan Continental UCI bagi tahun 2017.

Zambri yang dihubungi mengesahkan tidak tahu tentang surat penggantungan tersebut kerana sedang berada di Emiriyah Arab Bersatu, menyertai lumba berbasikal Jelajah Sharjah yang bermula hari ini.

“Tentang surat tersebut, saya tidak tahu menahu dan hanya mendapat maklumat daripada laman sosial Facebook. Saya mohon doa yang terbaik untuk diri saya dan pasukan TSG daripada semua pihak,” kata Zambri.

Pesuruhjaya Sukan, Datuk Zaiton Othman menerusi kenyataannya kepada media tempatan, News Straits Times (NST) menjelaskan, tidak mahu campur tangan melibatkan hal hal dalaman persatuan.

Namun beliau akan bertemu dengan Presiden PKBM, Datuk Abu Samah untuk membincangkan lanjut berhubung kes ini.

PKBM dijadual bertemu dengan Datuk Zaiton Othman minggu ini bagi membincangkan pembidaan penganjuran Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) 2018 yang didapati melanggar Akta Pembangunan Sukan, kerana membida tanpa mendapatkan kelulusan daripada menteri.

- Advertisement -