Steele Johnson dan David Boudia
Steele Johnson dan David Boudia

Oleh Ku Mohd Lufti

Lin Yue dan Chen Aisen (gambar utama) memenangi emas dalam terjun 10 meter platform seirama sekaligus terus terus menghidupkan misi untuk menyapu bersih kesemua lapan acara bagi sukan terjun di Rio 2016.

Steele Johnson dan David Boudia dari Amerika Syarikat memenangi pingat perak sementara Great Britain, yang menurunkan Thomas Daley dan Daniel Goodfellow memenangi gangsa yang berjaya mengenepikan Jerman ketika diterjunan terakhir.

Dalam kesemua enam terjunan, China meraih mata tertinggi untuk catatan mata keseluruhan 496.98

Catatan ini jauh meninggalkan lain lain peserta termasuk pemenang pingat perak, Amerika Syarikat yang mengumpul 457.11 mata.

Ia adalah emas keempat berturut-turut dalam acara terjun dan untuk rekod, China meraih enam pingat emas ketika di Sukan Olimpik London 2012.

- Advertisement -